KATA HUBUNG
11. Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata,
frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat. Contoh:
a) Emak membeli baju dan seluar
(penggabungan kata)
b) Ali kurus tetapi tidak boleh
berlari (penggabungan frasa)
c) Ali mengemop lantai sementara Ahmad
mengelap tingkap (penggabungan ayat)
32. Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
a) Kata hubung gabungan
b) Kata hubung pancangan
c) Kata hubung berpasangan
Kata
hubung gabungan
|
Contoh
|
Atau
|
Saya hendak makan mee atau nasi
lemak.
|
Dan
|
Saya dan adik
bermain di taman.
|
Lalu
|
Dia masuk ke bilik lalu menyalin
pakaian.
|
Lantas
|
Saya bangun malas dan lantas ke
dapur.
|
Sambil
|
Bapa mendengar radio sambil membaca
surat khabar.
|
Maka
|
Apabila melihat polis
telah pergi semua maka dia pun keluarlah.
|
Serta
|
Ali, Abu serta Ahmad
tidak hadir ke sekolah.
|
Tetapi
|
Saya rajin tetapi saya
tidak pandai belajar.
|
Sebab
|
Ali sedih sebab kucingnya
belum pulang lagi.
|
Kalau
|
Kamu akan dipenjara kalau melakukan
kesalahan.
|
Supaya
|
Kita harus mandi selalu supaya kelihatan
bersih.
|
Kemudian
|
Sila baca soalan kemudian mula
menjawab.
|
Malahan
|
Saya disini baik sahaja malahan kamu.
|
bahkan
|
Bahkan kamu menang saya,
saya akan berusaha lebih kuat lagi.
|
Kata
hubung pancangan
|
Contoh
|
Agar
|
Saya berharap agar
kamu dapat datang.
|
Apabila
|
Saya terkejut apabila mendengar
berita itu.
|
Bahawa
|
Saya yakin bahawa cerita
kamu adalah benar.
|
Biarpun
|
Biarpun dia mengatakan saya, saya tetap betul dalam hal ini.
|
Hingga
|
Saya belajar hingga ke
peringkat universiti.
|
Jika
|
Jika kamu larang saya, kamu akan terima padahnya.
|
Kecuali
|
Jawab semua soalan kecuali soalan
dua.
|
Kerana
|
Dia sakit hati kerana kenakalan
anaknya.
|
Ketika
|
Ketika menunggu kamu, saya hampir tertidur.
|
Lantaran
|
Lantaran kes ini, saya rasa Ali bersalah.
|
Manakala
|
Saya membaca buku manakala adik
sedang bermain.
|
Meskipun
|
Dia berasa mengantuk meskipun malam
itu baru pukul lapan.
|
Sebelum
|
Sebelum melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke kiri dan ke kanan
dahulu.
|
Sejak
|
Sejak dia berpindah rumah, perangainya sudah berubah.
|
Sehingga
|
Kamu hendaklah menyiapkan
kerja sekolah sehingga habis.
|
Sekiranya
|
Sekiranya dia datang, berikan nota ini kepadanya.
|
Selagi
/ seraya
|
Selagi/Seraya ayah tidur, jangan buat bising.
|
Semenjak
|
Semenjak kematian ibu bapanya, kehidupan dia tidak teratur.
|
Sementara
|
Dia bekerja sambilan sementara menunggu
keputusan SPM.
|
Setelah
|
Setelah kerja sekolah siap, kamu pergi mandi dahulu.
|
Selama
|
Selama ini saya mencari kamu.
|
Tatkala
|
Tatkala itu anak miskin itu pun masuklah.
|
Walaupun
|
Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu.
|
Sungguhpun
|
Sungguhpun buta, orang itu mampu berdikari.
|
Yang
|
Saya adalah seorang
pelajar yang cemerlang.
|
Jikalau
|
Jikalau kamu pergi, saya pun akan pergi juga.
|
Andai
|
Andai kata, kamu yang merosakkan pintu itu.
|
Untuk
|
Saya berbuat begitu untuk kebaikan
kamu.
|
Kata
hubung berpasangan
|
Contoh
|
Baik…ataupun
|
Baik kamu mengaku ataupun kamu dipukul.
|
Baik…baik
|
Baik Ali baik adiknya samasama pintar.
|
Baik…mahupun
|
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong
royong membersihkan balai raya itu.
|
Bukan
saja…bahkan juga
|
Ali bukan saja nakal bahkan
juga selalu ponteng sekolah.
|
Bahkan
saha…tetapi juga
|
Ali bukan saja nakal tetapi
juga pandai belajar.
|
Jangankan…pun
|
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
|
Sedangkan…apatah
lagi
|
Sedangkan dia seorang yang malas apatah lagi adiknya.
|
Semakin…semakin
|
Encik Ali semakin kaya semakin
pemurah.
|
Sungguhpun…namun
|
Sungguhpun dia rajin belajar namun peperiksaannya tetap gagal.
|
Sungguhpun...tetapi
|
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
|
walaupun...namun
|
Walaupun dia buta namun dia tetap gigih berusaha.
|
sedangkan...inikan
pula
|
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit
Larut.
|
Sama
ada…ataupun
|
Guru Besar meminta sama
ada bapa ataupun ibu murid hadir ke sekolah.
|
Kian…kian
|
Kian lama kian banyak orang ke sana.
|
Entah…entah
|
Khabar anghin itu entah betul entah tidak.
|
Bukan…sahaja
malah
|
Ali bukan sahaja nakal malah suka
ponteng sekolah.
|
No comments:
Post a Comment