29/03/2013

::Kata Arah


Kata Nama Arah

1)      Digunakan untuk menunjukkan hala atau sesuatu kedudukan.
2)      Kata nama arah biasanya diletakkan selepas kata sendi atau sebelum frasa nama.
3)      Contoh: Saya mandi di (kata sendi) tepi (kata nama arah sungai (frasa nama).

Kata Nama Arah
Contoh
Atas
Kucing itu panjat ke atas bumbung
Antara
Saya berdiri di antara Ali dan Ahmad
Bawah
Bola itu di bawah meja makan
Belakang
Saya berdiri di belakang Ali
Dalam
Saya masuk ke dalam rumah
Depan
Cikgu Ali mengajar di depan kelas
Hadapan
Rumah saya di hadapan rumah Abu
Hujung
Rumah saya terletak di hujung sana
Kanan
Tangan kanannya patah akibat jatuh
Kiri
Saya menulis dengan tangan kiri
Luar
Saya didenda berdiri di luar rumah kerana nakal
Penjuru
Saya menyusun pasu bunga di penjuru pagar
Samping
Saya berdiri di samping nenek
Tepi
Saya memberhentikan kereta di tepi jalan
Timur
Matahari terbit dari timur
Barat
Di bahagian barat kamu terdapat seekor kucing
Utara
Pulau Pinang terletak di utara Semenanjung Malaysia
Selatan
Kita ke arah selatan untuk mencari harta karun
Sisi
Saya berada di sisi ibu yang sakit

::Kerja Sekolah-Simpulan Bahasa


SOALAN
TOPIK : SIMPULAN BAHASA

1.      Akibat ____________, Kak Mei Lei telah membawa diri ke ibu kota.

A         iri hati
B         ada hati
C        patah hati
D         mencuit hati

2.      Perniagaan Encik Ming __________ kerana mengalami kerugian.

A         habis akal
B         hancur luruh
C        gulung tikar
D         gunung payung


3.      Pembantu rumah itu amat cepat menyiapkan kerjanya bagai ____________.

A         buah mulut
B         lipas kudung
C        bunga dedap
D         cangkul angin

4.      Datin Habibah ____________ dengan sikap kasar anak perempuannya yang sudah berani meninggikan suara ketika bercakap dengannya.

A         keras hati
B         makan diri
C        berkecil hati
D         berpatah orang

5.      Lelaki yang ________ itu suka mengurat wanila lain walaupun sudah berkahwin.

A         dalam tangan
B         cangkul angin
C        hidung belang
D         hidup kempis

6.      Murid-murid yang sedang berehat di bawah pohon itu mula __________ apabila hujan mulai turun.

A         gaji buta
B         cuci mata
C        ambil angin
D         angkat kaki


7.      Sejak sekian lama tinggal berjiran dengan keluarga berbangsa asing itu, ibu saya semakin mengenali ___________ mereka.

A         hati budi
B         cari akal
C        kepala batu
D         kepala angin

8.      Alimi digelar __________ kerana dia kerap menipu rakan-rakan sekelasnya.

A         ulat buku
B         curi tulang
C        patah kandar
D         kaki temberang

9.      Aina __________ apabila melihat Aini berbual-bual tentang suatu perkara penting dengan Suzi.

A         buka mata
B         telinga lintah
C        pasang badan
D         pasang telinga

10. Budak yang _________ itu terus pitam apabila melihat banyak darah keluar daripada badan mangsa kemalangan itu.

A         hati batu
B         buta huruf
C        kepala angin
D         lemah semangat

::Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2012

bertemu kembali!!!hehe...
berikut adalah sedikit sisipan berkaitan aktiviti yang dijalankan pada 20 Mac 2013 yang lalu
iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2012. Majlis ini diadakan bagi meraikan murid-murid yang telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki tahun lalu.


Puan Loo Chun Huang memberikan ucapan aluan


Antara penerima Anugerah Kecemerlangan


Kehadiran ibu bapa menceriakan majlis yang diadakan


Barisan Jemaah Pengurus Sekolah





Penerima: Nyo Wei Kiat


Penerima: Lim Jia Wei


Penerima: Ong Xue Ni

Penerima: Jane Seumeren Anak Chaini


Penerima: Lim Yi Jin


Kenangan penerima anugerah bersama Jemaah Pengurus Sekolah



Sesi fotografi bersama guru-guru tahun 2012

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga terus berjaya di peringkat menengah pula.









23/03/2013

::Cuti Sekolah Datang Lagi!!!

admin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SJKC Peay Min dan pengunjung blog ini.apa-apa pun,keselamatan kena utamakan.semoga cuti ini dapat diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.




16/03/2013

::Lagu Kanak-Kanak


::Penjodoh Bilangan


  
Penjodoh bilangan dan contoh penggunaannya

Penjodoh Bilangan
Kegunaan
Contoh
Angkatan
Digunakan untuk manusia atau benda
Kapal terbang, polis, askar,
Baris
Digunakan untuk benda/manusia yang berbaris
Orang, rumah, pokok, pemadam, gigi
Batang
Digunakan untuk benda yang panjang
Kayu, galah, sungai, lilin
Bentuk
Digunakan untuk benda-benda kecil yang berkeluk
Cincin, subang, mata kail, permata
Berkas
Digunakan untuk benda yang diikat bersama-sama
Kayu, papan, kunci
Bidang
Digunakan untuk benda yang luas
Tanah, kebun, lading
Biji
Digunakan untuk buah, sayur-sayuran atau benda yang kecil
Batu, cawan, telur, guli, bola
Bilah
Digunakan untuk benda yang tajam
Pisau, sabit, gunting, kapak
Buah
Digunakan untuk benda yang besar dan padu yang tidak menentu
Peti sejuk, almari, radio, taman, kereta, motorsikal, rumah
Buku
Digunakan untuk benda yang berbongkah
Sabun, roti, benang
Butir
Digunakan untuk benda yang kecil dan bulat
Peluru, mutiara, telur, beras
Carik/Cebis
Digunakan untuk benda yang dikoyakkan
Kain, kertas
Cekak
Digunakan untuk menghimpun benda
Benih padi, tangkai padi
Cubit
Digunakan untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
Garam, gula, tepung
Cucuk
Digunakan untuk benda yang dicucuk dengan lidi
Sate, bebola ikan, daging, buah-buahan
Das
Digunakan untuk bunyi tembakan
Pistol, senapang, merian
Deret
Digunakan untuk benda yang disusun
Rumah, kereta, bangunan
Ekor
Digunakan untuk binatang
Ikan, ayam, itik, ular
Gelung
Digunakan untuk benda yang panjang dan bergulung
rotan, dawai, kawat, tali, wayar
Genggam
Digunakan untuk benda yang digenggam
Beras, padi, batu
Gugus
Digunakan untuk benda atau buah-buahan yang berkelompok
Kelapa sawit, anggur, langsat, kunci
Gerombolan
Digunakan untuk orang
Samseng, penjahat
Gulung
Digunakan untuk benda yang bergulung
Filem, kertas, dawai, kunci
Gumpal  
Digunakan untuk gumpalan
tanah, tembakau, kapas, kekabu, asap, awan
Helai
Digunakan untuk benda yang nipis dan lebar
Baju, seluar, kertas, sampul surat, selimut
Hidang  
Digunakan untuk menjamu sesuatu
Lauk, kuih, air
Ikat
Digunakan untuk benda yang diikat
Papan, kayu, sayur, tebu
Hiris/Iris
Digunakan untuk benda yang dipotang nipis-nipis
Bawang, halia, tomato, timun, daging
Jambangan    
Digunakan untuk benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
bunga
Jambak
Digunakan untuk benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
Bunga, kunci
Jemput  
Digunakan untuk sebungkus barang
nasi, garam, gula, ikan bilis, udang kering
Kajang
Digunakan untuk bahagian atas rumah
Atap, bumbung
Kaki
Digunakan untuk benda yang bertangkai
Paying, cendawan
Kandang       
Digunakan untuk tempat menginap binatang
Kambing, lembu, kerbau
Kawan
Digunakan untuk kumpulan binatang
Gajah, lembu, kambing, lebah
Kelompok
Digunakan untuk sekumpulan benda,manusia, binatang dan pulau yang berkelompok
Awam, kuda, pulau, bintang, burung
Kepal
Digunakan untuk benda yang dikepal dengan tangan
Nasi, pulut , tanah
Keping
Digunakan untuk benda yang tipis atau pipih
Biskut, roti, syiling, kad, gambar
Kepul      
Digunakan untuk benda yang berkepul-kepul
asap, awan
Kerat
Digunakan untuk benda yang dipotong bahagian
Roti, papan
Ketul
Digunakan untuk benda yang berketul atau padu
Ais, daging, tulang, sabun
Kotak
Digunakan untuk benda yang diisi dalam kotak
Ubat, mancis, pensel, pen
Kumtum
Digunakan untuk [e;bagai jenis bunga-bungaan
Melur, mawar, teratai, anggerik
Lapis
Digunakan untuk benda yang berlapis
Selapis kiuj, tujuh lapis langit
Laras
Digunakan untuk senjat api
Pistol, senapang, merian
Lembar
Digunakan untuk benda yang lurus dan panjang
Kertas, benang, tali
Lingkar     
Digunakan untuk benda yang bergulung-gulung
ubat nyamuk, tali, dawai, rotan
Longgok
Digunakan untuk benda yang berlonggok-longgok
Baju, durian, rambutan, betik, cili
Naskhah
Digunakan untuk bahan bacaan berjilid
Surat khabar, majalah, buku, risalah
Orang
Digunakan untuk manusia
Doctor, peguam, guru, murid
Papan
Digunakan untuk benda yang berbentuk kepingan
Mercun, coklat
Pasang
Digunakan untuk manusia atau benda yang berpasangan
Kasut, anting-anting, anak, stoking
Pangsa
Digunakan untuk bahagian dalam buah
Durian, cempedak
Pasukan
Digunakan untuk orang yang berpakaian seragam
Plolis, tentera, askar, kadet, pandu puteri
Pintu
Digunakan untuk bangunan yang berderet
Sepintu rumah, dua pintu kedai
Patah
Digunakan untuk kata
Perkataan, kata-kata
Pohon
Digunakan untuk pokok
Sepohon orkid
Potong
Digunakan untuk benda yang sudah dipotong
Daging, kek, kuih, roti
Pucuk
Digunakan untuk senjata api dan benda yang tipis serta halus
Sampul surat, pistol, senapang
Puntung
Digunakan untuk bahagian yang masih menyala
Rokok, kayu api
Persalinan
Digunakan untuk pakaian yang lengkap
Sepersalinan pakaian
Rangkap
Untuk puisi
Syair, pantun, sajak
Rawan
Digunakan untuk benda yang labuh dan bersirat
Jala, jaring, pukat
Relung
Digunakan untuk pembahagian kawasan
Serelung sawah, dua relung kebun
Ruas
Digunakan untuk benda yang beruas-ruas
Tebu, buluh
Rumpun
Digunakan untuk tumbuhan yang rapat-rapat
Rumput, padi, pandan, buluh
sikat/sisir
Digunakan untuk buah pisang
Pisang
Suap
Digunakan untuk makanan yang disuap
Sesuap nasi
Tandan
Digunakan untuk buah yang bertandan
Pisang, kelapa, kelapa sawit
Tangkai
Digunakan untuk buah-buahan, bungaan dan daun yang bertankai
Daun, langsat, kekwa, ros, padi
Teguk   
Digunakan untuk air
air
Timbun
Digunakan untuk benda yang bertimbun
Setimbun pasir, dua timbun batu
Tingkat 
Digunakan untuk benda yang bertingkat-tingkat
kedai, bangunan, rumah
Titik
Digunakan untuk cecair yang menitis
Air, darah, dakwat
Titis
Digunakan untuk benda yang menitis
Setitis embun, dua titis air mata,
Tompok
Digunakan untuk benda yang bertompok
Setompok anjong, tigan tompok kucing
Tongkol
Digunakan untuk buah yang bertongkol
Jagung
Ulas
Digunakan untuk buah-buahan yang berpangsa
Durian, cempedak, nangka
Untai
Digunakan untuk benda yang panjang dan berbentuk
Rantai manik, kalung mutiara, pantun
Urat
Digunakan untuk benda yang halus dan panjang
Benang, dawai, rambut, rotan
Utas
Digunakan untuk benda yang panjang dan dapat digulung
Rantai, tali, paip, dawai