29/03/2013

::Kata Arah


Kata Nama Arah

1)      Digunakan untuk menunjukkan hala atau sesuatu kedudukan.
2)      Kata nama arah biasanya diletakkan selepas kata sendi atau sebelum frasa nama.
3)      Contoh: Saya mandi di (kata sendi) tepi (kata nama arah sungai (frasa nama).

Kata Nama Arah
Contoh
Atas
Kucing itu panjat ke atas bumbung
Antara
Saya berdiri di antara Ali dan Ahmad
Bawah
Bola itu di bawah meja makan
Belakang
Saya berdiri di belakang Ali
Dalam
Saya masuk ke dalam rumah
Depan
Cikgu Ali mengajar di depan kelas
Hadapan
Rumah saya di hadapan rumah Abu
Hujung
Rumah saya terletak di hujung sana
Kanan
Tangan kanannya patah akibat jatuh
Kiri
Saya menulis dengan tangan kiri
Luar
Saya didenda berdiri di luar rumah kerana nakal
Penjuru
Saya menyusun pasu bunga di penjuru pagar
Samping
Saya berdiri di samping nenek
Tepi
Saya memberhentikan kereta di tepi jalan
Timur
Matahari terbit dari timur
Barat
Di bahagian barat kamu terdapat seekor kucing
Utara
Pulau Pinang terletak di utara Semenanjung Malaysia
Selatan
Kita ke arah selatan untuk mencari harta karun
Sisi
Saya berada di sisi ibu yang sakit

No comments:

Post a Comment