25/04/2013

::Lagu Rasa Sayang


Jom nyanyi sama-sama...

::Lagu Bangau Oh Bangau


Jom nyanyi sama-sama...

::Lagu Saya Suka Main Buih Sabun


Jom nyanyi sama-sama...

::cikgu,ambulan datang lagi...!!!

haha..macam-macam gelagat murid bila terlihat sebuah ambulan masuk ke perkarangan sekolah...masing-masing ada yang sudah mengusap pipi,menggenggam tangan,memegang bahu dan berbagai lagi..

cikgu...ambulan datang..!!!habislah kami,dia mahu cucuk kami lagi...hanya senyuman yang ku ukir..

kali ini,sekumpulan jururawat datang bersama seorang doktor datang untuk membuat pemeriksaan gigi.semua murid terlibat. berikut sedikit gambar sepanjang pemeriksaan dijalankan.










p:s-jagalah kesihatan gigi ye,jangan lupa gosok gigi tiap-tiap hari....


12/04/2013

::Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Zon Pengerang 2013

Pada 11 April 2013 bersamaan hari Khamis, telah diadakan Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Zon Pengerang di Sekolah Kebangsaan LKTP Sening. SJKC Peay Min telah menghantar 2 orang peserta untuk karnival ini iaitu Daniel Nitah Anak Nitah untuk acara bercerita dan Siti Noorernawati bt Mohd Azman untuk acara ejaan. Berikut beberapa keping gambar sepanjang karnival berlangsung.














11/04/2013

::Minggu Anti Dadah

Pada 25 Februari hingga 1 Mac 2013, telah diadakan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah. Program ini dikendalikan oleh bahagian Hal Ehwal Murid dengan kerjasama guru-guru SJKC Peay Min. Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang minggu ini ialah sesi penerangan tentang bahaya dadah dan kesan pengambilannya, pertandingan mewarna dan lafaz ikrar. Berikut ialah gambar aktiviti-aktiviti yang dijalankan.






















::Pertandingan Kaligrafi Sempena Tahun Baru Cina

Panatia Bahasa Cina dengan kerjasama semua guru SJKC Peay Min telah mengadakan satu pertandingan menulis kaligrafi pada 22 Februari 2013 yang lalu. Pertandingan ini diadakan sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Semua murid terlibat dalam menghasilkan kaligrafi mengikut kreativiti masing-masing. Terdapat juga guru-guru yang turut serta untuk menunjukkan bakat mereka. Secara keseluruhannya, pertandingan ini berlangsung dengan jayanya. Berikut beberapa gambar sepanjang pertandingan kaligrafi yang dijalankan.










Murid-murid bersama hasil kerja masing-masing

10/04/2013

::Pemantauan sempena Program Pengarah Turun Padang 2013

Pemantauan ini telah berlangsung pada hari Isnin lalu, 8 April 2013. Secara keseluruhannya, SJKC Peay Min telah memperoleh keputusan pemantauan yang baik dan memberansangkan. Tahniah kepada semua guru dan staf yang terlibat dalam menjayakan program ini...TAHNIAH!!!


Kenangan guru-guru SJKC Peay Min bersama pemantau untuk 
Program Pengarah Turun Padang 2013. 
Encik Abu Samah dan Ustaz Jalaluddin

Terima Kasih

::minggu Bahasa Inggeris 2013

Pada 18-22 Mac 2013 yang lalu, Panatia Bahasa Inggeris SJKC Peay Min telah mengadakan Minggu Bahasa Inggeris. Majlis perasmian telah diadakan pada hari Isnin semasa perhimpunan rasmi mingguan dan telah dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Loo Chun Huang. Majlis berlangsung dengan meriah sekali.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Bercerita untuk murid tahap 1 dan tahap 2. Berikut beberapa gambar sorotan majlis penyampaian hadiah yang diadakan.

Pemenang: Nurul Nadzira Umbil bt. Zulkifli

Pemenang: Nyo Wei Pin

Pemenang: Lee Shi En

Pemenang: Zulfadhli bin Zulkifli

Pemenang: Addeline Anak Bowin

Pemenang: Daniel Nitah Anak Chaini

Kenangan pemenang pertandingan bersama guru Panatia Bahasa Inggeris
SJKC Peay Min