16/11/2012

Nota Kata Nama


Penggolongan Kata Nama
Golongan kata nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan.
i) Kata Nama Am
ii) Kata Nama Khas
iii) Kata Ganti Nama

Kata Nama Am:
Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara
yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan
kata nama am konkrit.
Contohnya:
Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.
Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.

Kata Nama Khas:
Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86), kata nama
khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu
nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup (Nik Safiah Karim et al : 2004 : 86). Kata
nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan
kata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86).

ManusiaBinatangTempat
Kata Nama Ammuridburungpasar
pekebunkucingpadang
Kata nama khas hidup manusiaKata nama khas hidup bukan manusiaKata nama khas tak hidup
Kata Nama KhasAhmadLassiePahang
EdelinaSBelangPulau Pinang
ChandranSang KancilGunung Tahan

Kata Ganti Nama:
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).
i)        Kata ganti nama tunjuk
ii)       Kata ganti nama diri

Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.
Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang
kedua dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)




Kata Ganti Nama Tunjuk:Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.

Kata Ganti Nama:Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
 

Kata Ganti Nama Diri PertamaPenggunaanContoh Ayat
AkuMerujuk kepada diri sendiriAku hendak pergi ke perpustakaan
BetaDigunakan oleh kerabat dirajaBeta berharap negara bertambah maju dan makmur.
HambaMerujuk kepada diri sendiri"Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah
KitaMerujuk diri sendiri dan diri orang kedua"Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri.
KamiMerujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua"Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli.
SayaMerujuk diri sendiriSaya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif.



Kata Ganti Nama Diri KeduaPenggunaanContoh Ayat
AndaMerujuk diri orang keduaAnda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT.
AwakMerujuk diri orang keduaAwak disuruh membersihkan bilik darjah.
EngkauMerujuk diri orang keduaEngkau hendak pergi ke kedai buku?
KamuMerujuk diri orang keduaKamu mesti belajar dengan lebih tekun.



Kata Ganti Nama Diri KetigaPenggunaanContoh Ayat
BeliauDigunakan untuk merujuk orang yang dihormatiBeliau dilantik menjadi pegawai penerangan.
BagindaDigunaan untuk kerabat dirajaBaginda telah berangkat ke luar negeri.
DiaDigunakan untuk diri orang ketigaDia datang awal ke pejabat sekolah
MerekaBilangan orang lebih daripada seorangPentas dihiasi oleh mereka dengan cantik.

No comments:

Post a Comment