31/10/2012

Seuntai kata Penyelaras Program MBMMBI

Salam Sejahtera.

Pertamanya, setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Panatia Bahasa Melayu, Panatia Bahasa Inggeris, PPD Kota Tinggi dan pihak yang terlibat dalam usaha menganjurkan Program MBMMBI ini di sekolah. 

Usaha ini dilihat sebagai usaha berterusan untuk memperkasakan Bahasa Melayu dan memartabatkan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah. Penerapan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti berunsurkan bahasa ini dapat membantu memupuk penggunaan bahasa ibunda dalam aktiviti seharian dan membekalkan diri dengan kemahiran Bahasa Inggeris agar dapat mempersiapkan diri menghadapi cabaran dunia luar yang serba mencabar kini.

Saya berharap agar usaha seperti ini akan menjadi rutin tahunan untuk mengisi aktiviti guru-guru di sekolah dalam usaha meningkatkan profesionlisme keguruan di negara ini.

No comments:

Post a Comment