Salam Sejahtera,
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati
Pertamanya mari kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana memberikan saya amanat tentang MBMMBI.Pembaca yang dimuliakan,Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga,masyarakat dan Negara.
Bagi mencapai hasrat murni di atas pihak Kementerian PelajaranMalaysia telah mengaris Dasar-dasar penting bagi menjayakannya.Dasar-dasar ini dibina mengikut perkembangan dan peredaran semasa.Sebelum itu, elok rasanya kita mengetahui apakah visi dan misi utama pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.Visi Kementerian adalah SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG mana kala misinya pula, MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI.Selepas berakhirnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah banyakmemperkenalkan dasar-dasar baru bagi memantapkan lagi program sedia ada.Pengenalan Dasar NKRA Pendidikan menumpukan perhatian kepada 4 sub-NKRA bagi meluaskan lagi akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Kepimpinan sekolah ,pihak Jabatan Pelajaran juga tidak ketinggalan pihak Kerajaan Negeri yang sentiasa komited dan memberikan sokongan padu memastikan pendidikan sentiasa menuju kepada
matlamat diidamkan.
Pembaca yang dihormati,Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menambah beberapa dasar penting bagi memartabatkan bidang pendidikan di Negara ini.Antara dasar-dasar baru yang dikenalkan adalah:
KSSR yang dimulai pada 2011
MBMMBI dijalankan bagi menggantikan PPSMI
l Murid 1 Sukan
PBS
KSSM yang akan dimulakan pada 2013
MBMMBI adalah Singkatan kepada Memartabatkan BahasaMalaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris.Dasar ini dijalankan bagi menggantikan program yang pada suatu masa dahulu dikenali dengan PPsMl.Pengenalan dasar baru ini tidak dijalankan secara drastik tetapi secara ansur-ansur atau diistilahkan softlanding.
Sokongan dan keperihatinan dalam memartabatkan institusi pendidikan di sekolah ini.Segala-gala terletak di tangan para pendidik,mengemudi,menjadi pelopor, dan pencetus serta penjana transformasi pendidikan Negara.Banyak kejayaan yang telah dicapai olen pelajar-pelajar dari negeri kecil ini.Bidang koakademik dan aktiviti kokurikulum telah menaikkan nama negeri di pesada antarabangsa pada akhir tahun lalu.Tahniah dan Syabas kepada semua pihak yang menjelmakan kejayaan cemerlang dan manis ini.
Sesungguhnya usaha mesti diteruskan untuk kejayaan lebih cemerlang pada masa hadapan.Azam kita ialah sedaya upaya memanfaat segala ilmu dalam dada dan mengemblengkansegala tenaga dan sumber yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada kita demi merakyatkan kecemerlangan kesegenap pelosok Negara merentasi daerah, negeri dan wilayah.
Sekian,
Terima kasih
Puan Loo Chun Huang
Guru Besar SJKC Peay Min,Teluk Ramunia
No comments:
Post a Comment