31/10/2012

Seuntai kata Penyelaras Program MBMMBI

Salam Sejahtera.

Pertamanya, setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Panatia Bahasa Melayu, Panatia Bahasa Inggeris, PPD Kota Tinggi dan pihak yang terlibat dalam usaha menganjurkan Program MBMMBI ini di sekolah. 

Usaha ini dilihat sebagai usaha berterusan untuk memperkasakan Bahasa Melayu dan memartabatkan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah. Penerapan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti berunsurkan bahasa ini dapat membantu memupuk penggunaan bahasa ibunda dalam aktiviti seharian dan membekalkan diri dengan kemahiran Bahasa Inggeris agar dapat mempersiapkan diri menghadapi cabaran dunia luar yang serba mencabar kini.

Saya berharap agar usaha seperti ini akan menjadi rutin tahunan untuk mengisi aktiviti guru-guru di sekolah dalam usaha meningkatkan profesionlisme keguruan di negara ini.

Seuntai Kata dari Guru Besar


Salam Sejahtera,
Tuan-tuan  dan Puan-puan  yang dihormati
Pertamanya mari kita sama-sama memanjatkan kesyukuran  kepada Tuhan  kerana  memberikan saya amanat tentang MBMMBI.Pembaca yang dimuliakan,Falsafah Pendidikan  Kebangsaan  adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan  lagi potensi individu  secara menyeluruh  danbersepadu untuk mewujudkan  insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi  dan jasmani berdasarkan  kepercayaan  dan kepatuhan  kepada Tuhan. Usaha ini adalah  bagi melahirkan  rakyat Malaysia yang berilmu,bertanggungjawab  dan berkeupayaan  mencapai kesejahteraan  diri serta memberi sumbangan  terhadap keharmonian  dan
kemakmuran  keluarga,masyarakat  dan Negara.

Bagi mencapai hasrat murni di atas pihak Kementerian  PelajaranMalaysia telah mengaris Dasar-dasar  penting bagi menjayakannya.Dasar-dasar  ini dibina mengikut perkembangan  dan peredaran  semasa.Sebelum  itu, elok rasanya kita mengetahui  apakah visi dan misi utama pihak Kementerian  Pelajaran Malaysia.Visi Kementerian  adalah SEKOLAH UNGGUL  PENJANA GENERASI TERBILANG  mana kala misinya pula, MEMBANGUN  POTENSI INDIVIDU  MELALUI  PENDIDIKAN  BERKUALITI.Selepas berakhirnya  Pelan Induk Pembangunan  Pendidikan  (PIPP)  2006-2010 pihak Kementerian  Pelajaran Malaysia telah banyakmemperkenalkan  dasar-dasar  baru bagi memantapkan  lagi program sedia ada.Pengenalan  Dasar NKRA Pendidikan menumpukan perhatian kepada 4 sub-NKRA bagi meluaskan  lagi akses kepada pendidikan  berkualiti  dan berkemampuan.

Kepimpinan sekolah ,pihak Jabatan Pelajaran juga tidak ketinggalan pihak Kerajaan  Negeri yang sentiasa komited dan memberikan sokongan  padu memastikan  pendidikan  sentiasa menuju kepada
matlamat  diidamkan.

Pembaca yang dihormati,Kementerian  Pelajaran Malaysia  juga telah menambah beberapa dasar penting bagi memartabatkan  bidang pendidikan  di Negara ini.Antara  dasar-dasar  baru yang dikenalkan  adalah:

KSSR yang dimulai pada 2011
MBMMBI  dijalankan  bagi menggantikan  PPSMI
l Murid 1 Sukan
PBS
KSSM yang akan dimulakan  pada 2013

MBMMBI adalah Singkatan  kepada Memartabatkan  BahasaMalaysia Memperkukuh  Bahasa Inggeris.Dasar  ini dijalankan  bagi menggantikan  program yang pada suatu masa dahulu  dikenali  dengan PPsMl.Pengenalan  dasar baru ini tidak dijalankan  secara  drastik tetapi secara ansur-ansur  atau diistilahkan  softlanding.

Sokongan dan keperihatinan  dalam memartabatkan  institusi  pendidikan di sekolah ini.Segala-gala  terletak  di tangan para pendidik,mengemudi,menjadi  pelopor,  dan pencetus  serta penjana transformasi pendidikan  Negara.Banyak  kejayaan yang telah dicapai olen pelajar-pelajar  dari negeri kecil ini.Bidang koakademik  dan aktiviti kokurikulum  telah menaikkan  nama negeri di pesada antarabangsa  pada akhir tahun lalu.Tahniah  dan Syabas kepada semua pihak yang menjelmakan  kejayaan  cemerlang  dan manis ini.
Sesungguhnya usaha mesti diteruskan  untuk kejayaan  lebih cemerlang pada masa hadapan.Azam  kita ialah sedaya upaya memanfaat  segala ilmu dalam dada dan mengemblengkansegala  tenaga dan sumber  yang diperuntukkan  oleh kerajaan  kepada kita demi merakyatkan kecemerlangan  kesegenap pelosok Negara merentasi  daerah, negeri dan wilayah.

Sekian,
Terima kasih


Puan Loo Chun Huang
Guru Besar SJKC Peay Min,Teluk Ramunia

Panorama Sekolah

Carta Oganisasi MBMMBI SJK (C) Peay Min

CARTA ORGANISASI UNIT MBMMBI SJKC PEAY MIN
2012

PENGERUSI
Puan Loo Chun Huang


TIMBALAN PENGERUSI
En. Er Chin Ming


NAIB PENGERUSI
En. Jamil Khir bin Ismail


SETIAUSAHA
Cik Lee Chee Moi

AHLI JAWATANKUASA

Puan Che Shuhaila bt Che Husin
Cik Lim Xiao Yun
Cik Cindy Heng
Cik Wong Hui Ing
Cik Teoh SooAnn
En. Chia Shi Ken

Gambar pendidik SJK (C) PEAY MIN

::Berikut merupakan wajah-wajah pendidik yang menjadi tulang belakang SJK (C) Peay Min


 GURU BESAR
Puan Loo Chun Huang


GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
En. Er Chin Ming


GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
En. Chia Shi Ken


GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
En. Jamil Khir bin Ismail


GURU-GURU


Puan Che Shuhaila bt. Che Husin


Cik Cindy Heng


Cik Wong Hui Ing



GURU INTERIM



Cik Lim Xiao Yun


Cik Teoh SooAnn



Cik Lee Chee Moi

Surat pekeliling MBMMBI

::Apa itu Program Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris? Mari kita lihat surat pekeliling program ini.

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1313055000.pdf

Mukadimah

::Assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam perkenalan dari admin kepada semua pembaca. Hari ini, 31 Oktober 2012 terbinalah laman ini sebagai medium perkongsian maklumat berkaitan sekolah terutamanya maklumat berkaitan aktiviti Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di sekolah ini.