::waa...tamat sudah penantian..akhirnya hari yang dinanti oleh murid tahun 6 tiba. hari ini keputusan UPSR keluar..semoga murid tahun 6 beroleh keputusan yang baik untuk diri sendiri dan sekolah....
SJK (C) Peay Min merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan hujung negeri Johor. Sekolah ini merupakan sekolah dalam kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Terletak di daerah Kota Tinggi, sekolah ini berada dalam persekitaran kawasan kampung persisiran pantai Teluk Ramunia. Muridnya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan Iban.
19/11/2012
16/11/2012
Nota Kata Ganti Nama
Kata Ganti Nama Diri.
Kata Ganti Nama Diri menggantikan nama manusia.
Kata Ganti Nama Diri 1 | Kata Ganti Nama Diri 2 | Kata Ganti Nama Diri 3 |
Aku | Anda | Baginda |
Beta | Awak | Beliau |
Daku | Kamu | Dia |
Hamba | Dikau | Mereka |
Kai | Engkau | - |
Kita | Kalian | - |
Patik | Tuanku | - |
Saya | - | - |
Beliau digunakan untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru dan menteri. Kami bererti saya dan dia apabila bercakap dengan orang kedua. Kita bererti anda dan saya.
Kata Ganti Nama Diri | Penggunaan | Contoh Ayat |
Kata Ganti Nama Diri I
Aku, saya, hamba, beta, patik, kita, kamu. |
Nama orang yang bercakap
|
"Saya yakin koperasi guru ini akan menguntungkan para guru," kata pegawai itu.
|
Kata Ganti Nama Diri II
Awak, aku, dikau, engkau, kamu, anda, tuan, puan, saudara, saudari, encik, tuanku. | Nama orang yang dilawan bercakap. | Jika anda berminat untuk menyertai peraduan itu, sila hubungi Encik Azman. |
Kata Ganti Nama Diri III Dia, nya, beliau, baginda, mereka. | Menggantikan nama orang yang dicakapkan | Mereka belajar dalam kelas yang berbeza. Beliau menjaga kebajikan anak buahnya. |
::Uji kefahaman anda tentang kata ganti nama. Selamat mencuba!!!
Nota Kata Nama
Penggolongan Kata Nama
Golongan kata nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan.
i) Kata Nama Am
ii) Kata Nama Khas
iii) Kata Ganti Nama
Kata Nama Am:
Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara
yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan
kata nama am konkrit.
Contohnya:
Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.
Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.
Kata Nama Khas:
Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86), kata nama
khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu
nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup (Nik Safiah Karim et al : 2004 : 86). Kata
nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan
kata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86).
Manusia | Binatang | Tempat | |
Kata Nama Am | murid | burung | pasar |
pekebun | kucing | padang | |
Kata nama khas hidup manusia | Kata nama khas hidup bukan manusia | Kata nama khas tak hidup | |
Kata Nama Khas | Ahmad | Lassie | Pahang |
Edelina | Si Belang | Pulau Pinang | |
Chandran | Sang Kancil | Gunung Tahan |
Kata Ganti Nama:
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).
i) Kata ganti nama tunjuk
ii) Kata ganti nama diri
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).
i) Kata ganti nama tunjuk
ii) Kata ganti nama diri
Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.
Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang
kedua dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)
Kata Ganti Nama Tunjuk:Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.
Kata Ganti Nama:Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
Kata Ganti Nama:Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
Kata Ganti Nama Diri Pertama | Penggunaan | Contoh Ayat |
Aku | Merujuk kepada diri sendiri | Aku hendak pergi ke perpustakaan |
Beta | Digunakan oleh kerabat diraja | Beta berharap negara bertambah maju dan makmur. |
Hamba | Merujuk kepada diri sendiri | "Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah |
Kita | Merujuk diri sendiri dan diri orang kedua | "Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri. |
Kami | Merujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua | "Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli. |
Saya | Merujuk diri sendiri | Saya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif. |
Kata Ganti Nama Diri Kedua | Penggunaan | Contoh Ayat |
Anda | Merujuk diri orang kedua | Anda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT. |
Awak | Merujuk diri orang kedua | Awak disuruh membersihkan bilik darjah. |
Engkau | Merujuk diri orang kedua | Engkau hendak pergi ke kedai buku? |
Kamu | Merujuk diri orang kedua | Kamu mesti belajar dengan lebih tekun. |
Kata Ganti Nama Diri Ketiga | Penggunaan | Contoh Ayat |
Beliau | Digunakan untuk merujuk orang yang dihormati | Beliau dilantik menjadi pegawai penerangan. |
Baginda | Digunaan untuk kerabat diraja | Baginda telah berangkat ke luar negeri. |
Dia | Digunakan untuk diri orang ketiga | Dia datang awal ke pejabat sekolah |
Mereka | Bilangan orang lebih daripada seorang | Pentas dihiasi oleh mereka dengan cantik. |
14/11/2012
13/11/2012
Selamat Hari Deepavali
::Sebelum terlupa, admin dan semua warga sekolah SJKC Peay Min ingin mengucapkan SELAMAT HARI DEEPAVALI kepada semua penganut agama Hindu di negara ini dan seluruh dunia.
*Semalam admin tengok langit cerah dengan bunga api...haha. meriah betul
21 Teknik Pembelajaran yang Betul dan Berkesan (UPSR/PMR/SPM)
::Orang kata nak berjaya bukan senang, tapi kalau nak susah bukannya susah. Jadinya, sebagai murid tak kiralah sekolah rendah atau menengah, masing-masing mesti merebut peluang untuk berjaya dalam pelajaran dan aktiviti yang dilakukan. Di sini,admin nak berkongsi sedikit petua untuk berjaya dalam pelajaran. Semasa belajar, murid mestilah mempunyai teknik yang berkesan untuk memahami isi pelajaran yang diberikan oleh guru. Bila ada teknik yang betul dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru, kelak semasa peperiksaan nanti bolehlah dapat keputusan yang cemerlang. Cubalah...dan selamat berjaya!!!
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.
Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.
Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.
Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).
Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.
Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.
Rujukan :http://www.tipspeperiksaan.info/2011/08/21-teknik-pembelajaran-yang-betul-dan.html
Selamat bercuti
::Rasanya tak terlambat lagi kalau admin nak ucapkan selamat bercuti kepada warga sekolah SJKC Peay Min serta murid-murid di seluruh Malaysia. Masing-masing sibuk dengan perancangan yang dibuat sama ada untuk pergi melancong, balik ke kampung, berehat dan sebagainya.
berhati-hatilah semasa melakukan aktiviti anda dan jangan lupa ulangkaji pelajaran. Happy holiday!!!
**buat perancangan yang sebaiknya dengan membahagikan masa untuk berehat dan belajar. sebab ilmu itu sangat luas dan kata orang lama-lama "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China". Jauh tu,apa lagi...buat jadual yang terbaik untuk diri sendiri.
05/11/2012
Kerja Sekolah
Bahasa Malaysia
-Latihan 1
-Latihan 2
-Latihan 3
-Latihan 4
-Latihan 5
Bahasa Inggeris
-Exercise 1
-Exercise 2
-Exercise 3
-Exercise 4
-Exercise 5
Sains
-Latihan 1
-Latihan 2
-Latihan 3
-Latihan 4
-Latihan 5
Matematik
-Latihan 1
-Latihan 2
-Latihan 3
-Latihan 4
-Latihan 5
-Latihan 1
-Latihan 2
-Latihan 3
-Latihan 4
-Latihan 5
Bahasa Inggeris
-Exercise 1
-Exercise 2
-Exercise 3
-Exercise 4
-Exercise 5
Sains
-Latihan 1
-Latihan 2
-Latihan 3
-Latihan 4
-Latihan 5
Matematik
-Latihan 1
-Latihan 2
-Latihan 3
-Latihan 4
-Latihan 5
Nota/Tips
::boleh merujuk nota berikut untuk mengulangkaji pelajaran. Selamat mengulangkaji.
Nota Bahasa Malaysia
Nota Bahasa Inggeris
Nota Sains
Nota Matematik
Nota Bahasa Malaysia
Nota Bahasa Inggeris
Nota Sains
Nota Matematik
Bank soalan
::Di sini dibekalkan pautan laman yang boleh digunakan untuk merujuk soalan-soalan yang boleh digunakan untuk membuat latihan. Selamat mencuba!!!
Soalan Bahasa Malaysia
Soalan Bahasa Inggeris
Soalan Sains
Soalan Matematik
Soalan Bahasa Malaysia
Soalan Bahasa Inggeris
Soalan Sains
Soalan Matematik
Kempem Membaca 1 Malaysia
::Aktiviti yang dianjurkan ini di bawah kelolaan bahagian Pusat Sumber dan jawatankuasa NILAM sekolah
Bacaan Bahasa Cina dikendalikan oleh Cikgu Cindy Heng
Aktiviti permainan bahasa- teka silangkata dan cari perkataan
Bacaan Bahasa Inggeris oleh Cikgu Er Chin Ming
Bacaan Bahasa Malaysia beramai-ramai bersama Cikgu Jamil
Program NILAM
Apa itu Program NILAM?
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Rasional
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan.
Matlamat
Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid
Objektif
• Menjadikan murid banyak membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini
Komponen dalam Program NILAM
• Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
• Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.
Tahap dalam NILAM
Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).
Apakah itu Tahap Jauhari?
Tahap Jauhari
Tahap Jauhari menggalakkan murid menambah bilangan bacaan mereka dan ia dijalankan pada dua peringkat persekolahan :
a. Sekolah Rendah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
Jumlah Buku
| Pengiktirafan |
90 - 179
| Gangsa |
180 - 269
| Perak |
270 - 359
| Emas |
360 ke atas
| NILAM |
b. Sekolah Menengah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila mereka mula belajar di Tingkatan Satu atau Peralihan. Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:
Jumlah Buku | Pengiktirafan |
72 - 143
| Gangsa |
144 - 215
| Perak |
216 - 287
| Emas |
288 ke atas
| NILAM |
Apakah pula Tahap Rakan Pembaca?
Tahap RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
Pengiraan markah bagi aktiviti ini diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan jumlah bilangan pendengar, kecuali aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan mengikut kesesuaian umur murid seperti :
- Bercerita (1 sesi = 5 markah)
- Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
- Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
- Meminjamkan buku (1buku x 5 peminjam = 5 markah)
• Murid pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP :
Jumlah markah aktiviti
|
Pengiktirafan
|
100 – 199
| Gangsa |
200– 299
| Perak |
300 – 399
| Emas |
400 ke atas | NILAM |
Bilakah Program Nilam dijalankan?
Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.
Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain.
Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku.
Contoh aktiviti yang dijalankan dalam Program NILAM
• Projek Pukal - Setiap kelas dibekalkan 50-100 naskah buku dan pelajar dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu.
• Bicara Buku - Murid digalakkan membaca sebuah buku dan berhimpun untuk membincangkan secara kritis tentang isu-isu dan persoalan yang timbul dalam buku tersebut.
• Anotasi buku - Murid digalakkan untuk banyak membaca dan membuat ulasan tentang cerita yang dibaca di dalam buku rekod. Ulasan ini boleh dibentangkan semasa perhimpunan dan murid boleh mendapat markah Rakan Pembaca untuk aktiviti ini.
• Bercerita - Murid terutamanya murid sekolah rendah digalakkan untuk bercerita tentang cerita dari buku-buku yang pernah dibaca.
• Jejak Maklumat - Murid dikehendaki mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berkaitan buku atau isi sesebuah buku yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah atau sumber bacaan di kawasan yang disediakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)