SJK (C) Peay Min merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan hujung negeri Johor. Sekolah ini merupakan sekolah dalam kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Terletak di daerah Kota Tinggi, sekolah ini berada dalam persekitaran kawasan kampung persisiran pantai Teluk Ramunia. Muridnya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan Iban.
27/10/2013
13/10/2013
::perkhemahan TKRS
hello semua...kembali lagi. pengurusan kokurikulum SJKC Peay Min akan mengadakan perkhemahan unit uniform tunas kadet remaja sekolah pada 17 dan 18 Oktober 2013 akan datang. perkhemahan kali ini akan menggunakan format yang baharu dan mengharapkan dapat meningkatkan kekreatifan murid terutamanya dalam aktiviti ikhtiar hidup ini. jumpa lagi nanti dengan laporan perkhemahan ini.
::hari raya aidiladha
tahun ini, hari raya aidiladha akan disambut pada 15 Oktober 2013. sehubungan dengan itu, guru dan murid telah diberikan cuti berganti sehingga hari Selasa. jadi, bolehlah masing-masing berehat dan menikmati cuti yang diberikan. admin nak mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut HARI RAYA AIDILADHA kepada guru dan murid yang beragama Islam.jumpa lagi pada hari rabu nanti.
pss: jangan lupa, kita ada kelas ganti pada hari sabtu nanti...hehehe
::peperiksaan dah habis!!!
selepas ini, sekolah kita akan mengadakan berbagai aktiviti sehingga sesi persekolahan tahun ini tamat. diharap semua murid dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti yang akan dianjurkan. dan semua guru, pastinya sedang sibuk memeriksa dan memberikan markah untuk mata pelajaran masing-masing. jangan tension-tension, berehat sebentar sempena cuti hari raya aidiladha yang akan berlangsung. selamat berehat dan menikmati cuti. jumpa lagi nanti!!!
02/10/2013
karangan jenis catatan 2
Bercuti di kampung
Soalan : Kamu telah pulang ke kampung sempena cuti
persekolahan. Tulis catatan tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di
kampung.
Selasa, 1 Julai 2012
Aku , adik dan abang menaiki bas ekspres Transnasional menuju ke kampung datuk di Kampung Sungai Dalam, Johor. Ayah dan ibu berpesan kepada kami bertiga agar menjaga keselamatan diri dan berhati-hati sepanjang perjalanan dan ketika berada di kampung. Kami akan bercuti di kampung selama seminggu.
Rabu, 2 Julai 2012
Sejak awal pagi lagi datuk telah mengajak aku dan abang aku ke dusun. Kebetulan pada ketika ini musim buah-buahan. Aku dan abang menaiki basikal menuju ke dusun manakala adik pula menemani nenek di rumah. Buah rambutan yang kemerah-merahan menghiasi pokok di kiri dan kanan jalan. Meskipun banyak nyamuk, namun aku tidak mengendahkannya kerana seronok berlumba dengan abang mencari buah durian yang gugur. Semua buah durian yang dikutip dikumpulkan di dalam bakul untuk dijual kepada peraih. Bakinya dibawa balik ke rumah sebagai habuan untuk kami bertiga.
Khamis, 3 Julai 2012
Datuk membawa kami ke sungai untuk menjala ikan. Aku membawa belas ikan yang diperbuat daripada rotan untuk mengisi ikan-ikan yang berjaya di tangkap. Setelah dua jam menjala, datuk berjaya menangkap beberapa jenis ikan seperti ikan lampam, seluang,dan baung. Aku menyuruh nenek memasak gulai kegemaranku iaitu ikan baung masak tempoyak.
Jumaat, 4 Julai 2012
Jiran datuk akan mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya pada esok hari. Aku dan abang turut menyusun kerusi meja dan mendirikan khemah. Jiran-jiran yang lain juga turut membantu. Aku sungguh seronok melihat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk kampung ini.
Sabtu, 5 Julai 2012
Kami bersiap-siap untuk pulang semula ke bandar. Aku gembira kerana akan berjumpa dengan ibu dan bapaku. Namun, aku juga sedih untuk meninggalkan datuk dan nenek di kampung. Sebelum menaiki teksi, kami bersalam dan memeluk datuk dan nenek erat-erat. Air mata mula membasahi pipi nenek. Aku berjanji akan pulang lagi ke kampung pada cuti persekolahan yang akan datang.
karangan jenis catatan
KARANGAN : CATATAN PERKELAHAN
Kamu
dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat perkelahan. Tuliskan
sebuah catatan tentang perkelahan tersebut.
Ahad , 25 Mac 2013.
7.00 pagi
Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh. Ini
disebabkan adik-beradikku sibuk membuat persiapan untuk pergi berkelah di
pantai Port Dickson, Negeri Sembilan seperti yang dijanjikan oleh ayah. Ayah
dan ibu sibuk di dapur menyiapkan bekalan makanan yang hendak dibawa.
8.15 pagi.
Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki
kereta Toyota Avanza. Perjalanan ke Port Dickson mengambil masa selama satu jam
setengah . Ketika kami sampai, orang ramai sudah membanjiri pantai Port
Dickson.
9.45 pagi.
Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh
di bawah sebatang pokok yang rendang. Aku, abang dan adikku pula membantu ibu
mengangkat barang-barang lalu meletakkannya di bawah pohon itu. Ibu pula
mula menyusun atur barang dan membuka bekalan yang dibawa.
10.00 pagi.
Selepas menukar pakaian, kami adik-beradik
bermandi-manda di kawasan gigi air
sahaja. Sementara itu ayah sentiasa memerhatikan
kami dari tepi pantai sebagai langkah berjaga-jaga. Selepas puas
bermandi-manda, kami naik ke pantai dan membina istana pasir bersama-sama.
12.15 tengah hari.
Setelah lebih dua jam kami bermandi-manda dan
membina istana pasir, kami dipanggil oleh ibu untuk menjamu selera dengan
bekalan yang dibawa. Kami makan dengan amat berselera sekali, maklumlah
masing-masing sudah kelaparan dan makanan yang ibu sediakan pula enak-enak
belaka. Sambil itu, kami menikmati suasana nyaman pantai Port Dickson dan melihat
gelagat orang ramai yang ada di situ.
3.00 petang.
Setelah berkemas-kemas, kami pun bertolak pulang.
Kami berasa gembira dan puas dapat berkelah di situ. Semasa dalam perjalanan
pulang, ayah berjanji akan membawa kami berkelah di pantai Port Dickson lagi
pada cuti yang akan datang atau jika ada
kelapangan pada masa lain.
28/09/2013
26/09/2013
::kenali permainan tradisional kita...
PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.
Permainan Batu Seremban
Pengenalan
Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Cara Bermain
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Cara Bermain
Permainan Gasing
Pengenalan
Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.
Cara Bermain Permainan GasingGasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Permainan sepak Raga
Pengenalan
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. uh dunia
Cara Bermain
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Permainan Wau
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding
Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.
Congkak
Pengenalan
Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
Cara-cara Bermain Congkak
a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

::big book...tugasan baru!!!
Ada tugasa baru lagi untuk dijayakan. Kali ini semua guru perlu bersama-sama untuk menghasilkan 'Big Book' untuk Program LINUS tahap 1. Tugasan ini dibahagikan kepada 2 mata pelajaran iaitu Literasi dan Numerasi. Berikut beberapa gambar hasil sebelum dihantar ke PPD.
::Karnival Bahasa Malaysia SJKC dan SJKT Daerah Kota Tinggi 2013
Karnival ini telah diadakan pada tarikh 24 Jun 2013 bertempat di SJKC Yu Hwa. Antara pertandingan yang telah dijalankan ialah pertandingan syarahan, bercerita untuk tahap 1 dan 2 serta pertandingan bertulis. SJKC Peay Min telah menghantar 4 orang peserta untuk mewakili sekolah dalam acara yang dipertandingkan. Mereka ialah Nyo Chia Sin, Lee Hui Yun, Addeline Anak Bowin dan Daniel Nitah Anak Chaini. Malangnya, Daniel tidak dapat menyertai pasukan pada saat-saat akhir akibat menarik diri. Berikut beberapa gambar suasana pertandingan yang dianjurkan.
25/09/2013
::perkhemahan RIMUP sekolah rendah zon Pengerang 2013
Baru-baru ini telah diadakan satu program perkhemahan yang berteraskan amalan RIMUP. apa itu RIMUP? RIMUP ialah singkatan kepada program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Tujuan utama perkhemahan ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam zon Pengerang ini. Seramai 7 orang murid SJKC Peay Min yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan telah menyertai program ini. Cikgu Chia Shi Ken telah menjadi guru pengiring kepada murid-murid tersebut. Kali ini, SJKC Peay Min telah dipilih untuk menjadi AJK dokumentasi dan laporan. Jadi, kena kerja keraslah untuk siapkan laporan akhir program ini. berikut beberapa gambar sepanjang program ini berlangsung.
Subscribe to:
Posts (Atom)