28/04/2015


::Lama rasanya blog ini tidak dikemaskini. Admin mohon maaf atas apa yang berlaku. Tahun 2015 merupakan tahun mencabar bagi SJKC Peay Min, Semoga Peay Min terus sukses dan berjaya mengharungi segala cabaran dalam usaha melahirkan serta membentuk generasi yang berkualiti selaras dengan matlamat pendidikan di Malaysia. 

13/10/2013

::perkhemahan TKRS

hello semua...kembali lagi. pengurusan kokurikulum SJKC Peay Min akan mengadakan perkhemahan unit uniform tunas kadet remaja sekolah pada 17 dan 18 Oktober 2013 akan datang. perkhemahan kali ini akan menggunakan format yang baharu dan mengharapkan dapat meningkatkan kekreatifan murid terutamanya dalam aktiviti ikhtiar hidup ini. jumpa lagi nanti dengan laporan perkhemahan ini.


::hari raya aidiladha

tahun ini, hari raya aidiladha akan disambut pada 15 Oktober 2013. sehubungan dengan itu, guru dan murid telah diberikan cuti berganti sehingga hari Selasa. jadi, bolehlah masing-masing berehat dan menikmati cuti yang diberikan. admin nak mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut HARI RAYA AIDILADHA kepada guru dan murid yang beragama Islam.jumpa lagi pada hari rabu nanti.


pss: jangan lupa, kita ada kelas ganti pada hari sabtu nanti...hehehe 

::peperiksaan dah habis!!!


haha...akhirnya peperiksaan akhir tahun dah berakhir. peperiksaan yang bermula pada 8 hingga 11 Oktober telah berjaya dihadapi oleh semua murid. tahniah diucapkan. semoga usaha anda semua membuahkan hasil yang baik dan beroleh keputusan yang baik.

selepas ini, sekolah kita akan mengadakan berbagai aktiviti sehingga sesi persekolahan tahun ini tamat. diharap semua murid dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti yang akan dianjurkan. dan semua guru, pastinya sedang sibuk memeriksa dan memberikan markah untuk mata pelajaran masing-masing. jangan tension-tension, berehat sebentar sempena cuti hari raya aidiladha yang akan berlangsung. selamat berehat dan menikmati cuti. jumpa lagi nanti!!!

02/10/2013

karangan jenis catatan 2

Bercuti di kampung

Soalan : Kamu telah pulang ke kampung sempena cuti persekolahan. Tulis catatan tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di kampung.


Selasa, 1 Julai 2012
Aku , adik dan abang menaiki bas ekspres Transnasional menuju ke kampung datuk di Kampung Sungai Dalam, Johor. Ayah dan ibu berpesan kepada kami bertiga agar menjaga keselamatan diri dan berhati-hati sepanjang perjalanan dan ketika berada di kampung. Kami akan bercuti di kampung selama seminggu.

Rabu, 2 Julai 2012
Sejak awal pagi lagi datuk telah mengajak aku dan abang aku ke dusun. Kebetulan pada ketika ini musim buah-buahan. Aku dan abang menaiki basikal menuju ke dusun manakala adik pula menemani nenek di rumah. Buah rambutan yang kemerah-merahan menghiasi pokok di kiri dan kanan jalan. Meskipun banyak nyamuk, namun aku tidak mengendahkannya kerana seronok berlumba dengan abang mencari buah durian yang gugur. Semua buah durian yang dikutip dikumpulkan di dalam bakul untuk dijual kepada peraih. Bakinya dibawa balik ke rumah sebagai habuan untuk kami bertiga.

Khamis, 3 Julai 2012
Datuk membawa kami ke sungai untuk menjala ikan. Aku membawa belas ikan yang diperbuat daripada rotan untuk mengisi ikan-ikan yang berjaya di tangkap. Setelah dua jam menjala, datuk berjaya menangkap beberapa jenis ikan seperti ikan lampam, seluang,dan baung. Aku menyuruh nenek memasak gulai kegemaranku iaitu ikan baung masak tempoyak.

Jumaat, 4 Julai 2012
Jiran datuk akan mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya pada esok hari. Aku dan abang turut menyusun kerusi meja dan mendirikan khemah. Jiran-jiran yang lain juga turut membantu. Aku sungguh seronok melihat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk kampung ini.

Sabtu, 5 Julai 2012
Kami bersiap-siap untuk pulang semula ke bandar. Aku gembira kerana akan berjumpa dengan ibu dan bapaku. Namun, aku juga sedih untuk meninggalkan datuk dan nenek di kampung. Sebelum menaiki teksi, kami bersalam dan memeluk datuk dan nenek erat-erat. Air mata mula membasahi pipi nenek. Aku berjanji akan pulang lagi ke kampung pada cuti persekolahan yang akan datang.

karangan jenis catatan

KARANGAN : CATATAN PERKELAHAN

Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat perkelahan. Tuliskan sebuah catatan tentang perkelahan tersebut.

Ahad , 25 Mac 2013.

7.00 pagi
Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh. Ini disebabkan adik-beradikku sibuk membuat persiapan untuk pergi berkelah di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan seperti yang dijanjikan oleh ayah. Ayah dan ibu sibuk di dapur menyiapkan bekalan makanan yang hendak dibawa.

8.15 pagi.
Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Toyota Avanza. Perjalanan ke Port Dickson mengambil masa selama satu jam setengah . Ketika kami sampai, orang ramai sudah membanjiri pantai Port Dickson.

9.45 pagi.
Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh di bawah sebatang pokok yang rendang. Aku, abang dan adikku pula membantu ibu mengangkat  barang-barang lalu meletakkannya di bawah pohon itu. Ibu pula mula menyusun atur barang dan membuka bekalan yang dibawa.

10.00 pagi.
Selepas menukar pakaian, kami adik-beradik bermandi-manda di kawasan gigi air
sahaja. Sementara itu ayah sentiasa memerhatikan kami dari tepi pantai sebagai langkah berjaga-jaga. Selepas puas bermandi-manda, kami naik ke pantai dan membina istana pasir bersama-sama.

12.15 tengah hari.
Setelah lebih dua jam kami bermandi-manda dan membina istana pasir, kami dipanggil oleh ibu untuk menjamu selera dengan bekalan yang dibawa. Kami makan dengan amat berselera sekali, maklumlah masing-masing sudah kelaparan dan makanan yang ibu sediakan pula enak-enak belaka. Sambil itu, kami menikmati suasana nyaman pantai Port Dickson dan melihat gelagat orang ramai yang ada di situ.

3.00 petang.
Setelah berkemas-kemas, kami pun bertolak pulang. Kami berasa gembira dan puas dapat berkelah di situ. Semasa dalam perjalanan pulang, ayah berjanji akan membawa kami berkelah di pantai Port Dickson lagi pada cuti yang akan datang atau jika ada
kelapangan pada masa lain.